Monday, July 20, 2009

PENGALAMAN GURU TERBAIK

Ahli falsafah Amerika, George Santayana, pernah berkata: "Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again" (Mereka yang lupakan pengajaran daripada sejarah akan dihukum untuk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali) atau itulah maksud perkataan itu.

Memang diriku tidak mampu menafikan kata-kata George Santayana ini kerana apa yang dapat ku lihat sepanjang kehidupanku ini ialah manusia jarang mengambil pengajaran daripada pengalaman. Akhirnya membuatkan diri kecundang dan merana akibat daripada kegagalan meraka tersebut.


Baru-baru ini diriku dapat melihat ramai penulis blog yang taksub berpegang kepada perkara 10(1)(a), perlembagaan persekutuan merana. Banyak perhubungan yang terjejas teruk akibat ketaksuban mereka. Dipendekkan penerangan banyak sahabat menjadi lawan dan lawan menjadi musuh ketat akibat daripada nukilan di dalam blog yang ditulis tanpa berfikir panjang. Namun yang lebih mengecewakan diriku ialah masih ramai yang tidak insaf dan terus mengulangi kesilapan ini.


Diriku ini bukanlah ini ingin mengata atau menyerang individu tertentu melalui blog ini kerana diriku sedar bahawa diriku ini juga tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Namun apa yang aku cuba sampaikan ini harap dapat diambil pengajaran kerana islam ada mengatakan bahawa kita sebagai manusia harus melihat kepada apa yang diajarkan bukan siapa yang mengajar selagi mana tidak melencong daripada akidah.


Sebagai menutup nukilan ku pada kali ini, diriku sebagai hamba allah yang lemah ingin memohon kemaafan jika ada perkataan di dalam nukilan ku kali ini yang kasar dan menguris hati kalian.


"Allah mengurniakan setiap manusia anugerah akal yang amat berharga, jadi gunakanlah dengan sebaik mungkin pemberian ini dalam menilai baik buruk setiap perkara"