Sunday, October 18, 2009

Perhimpunan Agung

Tahniah diucapkan kepada barisan perwakilan UMNO kerana mampu mengetepikan kepentingan diri untuk menerima tujuh usul pindaan yang dibentangkan dalam tempoh kira-kira sejam. Ucapan tahniah turut penulis ingin ucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi kerana mampu membakar semangat para perwakilan melalui ucapan meraka. Kini semangat perjuangan UMNO akan kembali membara di seluruh negara.

Berikut merupakan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan diterima dengan sebulat suara oleh para perwakilan.

1. Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota

2. Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan

3. Pelantikan wakil sayap pergerakan peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru.

4. Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak.

5. Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup.

6. Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa paringkat cawangan, bahagian dan MT

7. mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO secara automatik.

Kepantasan para perwakilan menerima pindaan ini sememangnya patut dipuji. Namun penulis ingin mengingatkan agar janganlah pula semangat juang yang telah wujud kembali pada perhimpunan yang lalu hilang secepat ini. Ketahuilah bahawa rakyat kini sedang memerhati dan menilai UMNO. Kekecewaan rakyat akan menyebabkan UMNO dihukum pada PRU yang seterusnya.

Friday, August 28, 2009

Ramadan Bulan Keberkatan

Pada penulisan saya kali ini ingin saya bawa pembaca bersama-sama kita singkap dan ungkap apa yang terkandung dalam sepotong ayat kitab suci Al-Quran.

Firman allah (S.W.T) dalam surah Al-Hujarat ayat 11-12:"Wahai orang yang beriman, janganlah hendak satu golongan mengejek yang lain kerana mungkin yang diejek itu lebih baik daripada yang mengejek. Jangan cela-mencela antara sesamamu. Jangan panggil-memanggil dengan panggilan yang tidak baik iaitu sebutan fasik sesudah beriman. Sesiapa yang tidak mahu bertaubat mereka orang zalim. Wahai orang beriman, jauhilah syak wasangka kerana di antara syak itu ada yang menyebabkan dosa. Jangan intai-mengintai. Jangan menfitnah antara satu sama lain. Apakah ada di antaramu yang suka memakan daging bangkai saudaranya? Tentu kamu jijik, Oleh itu, hendaklah bertaqwa kepada Allah maha pengampun lagi maha mengasihani."

Dalam ayat di atas Allah telah melarang hamba-Nya daripada melakukan perkara yabg boleh menjejaskan hubungan sesama manusia. Perkara yang dimaksudkan ialah menghina, mencela, memanggil dengan gelaran buruk, buruk sangka, mengintip kesalahan orang lain dan akhir sekali mengumpat. Sesungguhnya perkara sebegini bolah menyebabkan berlakunya perpecahan, pergaduhan dan persengketaan.

Dalam bulan Ramadan ini kita diminta dalam pelbagai hadis untuk berubah kearah kebaikan seterusnya menambahkan tabung amalan kita. Namun demikian, saya pelik dan bingung kerana masih ramai ahli masyarakat yang melakukan perkara di atas walaupun tahu akan hukumnya yang berdosa. Sebagai contoh hukuman bagi mengumpat memang tersedia maklum adalah lebih teruk daripada membunuh sehinggakan ia diibaratkan seperti memakan daging orang yang telah meninggal dunia. Walaupun begitu, masih ada yang melakukannya dengan penuh bangga. Memanglah di bulan Ramadan ini kita kita tidak makan di siang hari kerana berpuasa tetapi takkanlah mereka begitu lapar sehingga sanggup memakan daging orang yang telah meninggal dunia.

Oleh itu, sebagai seorang hamba Allah yang tidak mungkin dapat lari daripada melakukan kesalahan ini, ingin saya meminta kepada sesiapa yang merasakan dirinya ada melakukan perkara seperti terkandung dalam ayat di atas agar segera memohon kemaafan daripada Allah. Marilah kita memanfaatkan kemulian dan kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadan ini untuk memohon keampunan seterusnya mengejar kebaikan.

"Kita sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh untuk menghiasi diri dengan akhlak mulia dan bukannya dengan yang tercela."

Monday, July 20, 2009

PENGALAMAN GURU TERBAIK

Ahli falsafah Amerika, George Santayana, pernah berkata: "Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again" (Mereka yang lupakan pengajaran daripada sejarah akan dihukum untuk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali) atau itulah maksud perkataan itu.

Memang diriku tidak mampu menafikan kata-kata George Santayana ini kerana apa yang dapat ku lihat sepanjang kehidupanku ini ialah manusia jarang mengambil pengajaran daripada pengalaman. Akhirnya membuatkan diri kecundang dan merana akibat daripada kegagalan meraka tersebut.


Baru-baru ini diriku dapat melihat ramai penulis blog yang taksub berpegang kepada perkara 10(1)(a), perlembagaan persekutuan merana. Banyak perhubungan yang terjejas teruk akibat ketaksuban mereka. Dipendekkan penerangan banyak sahabat menjadi lawan dan lawan menjadi musuh ketat akibat daripada nukilan di dalam blog yang ditulis tanpa berfikir panjang. Namun yang lebih mengecewakan diriku ialah masih ramai yang tidak insaf dan terus mengulangi kesilapan ini.


Diriku ini bukanlah ini ingin mengata atau menyerang individu tertentu melalui blog ini kerana diriku sedar bahawa diriku ini juga tidak sempurna dan selalu melakukan kesilapan. Namun apa yang aku cuba sampaikan ini harap dapat diambil pengajaran kerana islam ada mengatakan bahawa kita sebagai manusia harus melihat kepada apa yang diajarkan bukan siapa yang mengajar selagi mana tidak melencong daripada akidah.


Sebagai menutup nukilan ku pada kali ini, diriku sebagai hamba allah yang lemah ingin memohon kemaafan jika ada perkataan di dalam nukilan ku kali ini yang kasar dan menguris hati kalian.


"Allah mengurniakan setiap manusia anugerah akal yang amat berharga, jadi gunakanlah dengan sebaik mungkin pemberian ini dalam menilai baik buruk setiap perkara"

Tuesday, June 16, 2009

masa mengubah segalanya

Diriku pening dan bingung dengan masalah yang timbul dalam kalangan kawan-kawanku pada ketika ini. Suatu ketika dahulu ku lihat perhubungan anda semua umpama isi dengan kuku kerana amat rapat. Hal ini lebih meyakinkan ku apabila anda semua mengelar sesama sendiri dengan panggilan ala kekekuargaan seperti along, angah dan sebagainya. Umpama wujud sebuah ikatan kekeluargaan di situ.

Namun segalanya telah berakhir dalam satu malam apabila timbul masalah yang memusnahkan perhubungan kalian sedikit demi sedikit. Masalah yang pada mulanya sekecil beras kini telah membesar menjadi burger(menulis ketika lapar). Semuanya disebabkan oleh sikap sesetengah kawan-kawanku yang terlalu suka menyibuk(busy body). Aku tidak menyalahkan sikap anda tapi ingin ku ingatkan di sini bahawa semua perkara ada hadnya. Jikalau tahu hal ini tidak melibatkan anda dan juga tidak memerlukan khidmat anda untuk menyelesaikannya janganlah masuk campur. Ketahuilah bahawa api kemarahan yang hampir padam kini kembali membara semula akibat sikap anda ini.

Harapanku kini tidak mahu masalah ini nanti akan menyebabkan kawan-kawanku tertekan sehingga pembelajaran terganggu. Kepada sesiapa yang terasa dirinya termasuk dalam penulisanku ini silalah ubahkan diri anda untuk kebahagiaan kita bersama. Sebelum menutup nukilan ini ingin ku mohon kemaafan sekiranya penulisan ku ini kasar dan menguris hati kalian.

YA ALLAH BANTULAH SAHABAT-SAHABATKU INI

Saturday, June 13, 2009

ku melangkah ke dunia blog


suatu ketika dahulu diriku ini memandang serong akan penulisan blog.
namun sejak ku melangkah ke sem 2 aku mula sedar akan kepentingannya.
aku merasakan blog boleh menjadi medan untuk meluahkan perasaan dan pendapat kepada dunia.
permasalahan sekarang yang menjadi tanda tanya kepada ku ialah apa yang aku nak tulis.
diriku terkenal(agaknya la) dengan sifat serius tetapi kalau membuat penulisan yang serius mesti bosan.
jadi aku rasa aku akan menulis semua yang aku lakukan dan juga meluahkan pendapat tentang isu-isu dunia.
harap-harap idea akan datang ketika ku ingin menulis...